Kekuatan Dan Kelemahan Asid Dan Bes Question Preview (ID: 53874)


Good Luck Students!!!! TEACHERS: click here for quick copy question ID numbers.

0.1 mol dm-3 larutan Y mempunyai nilai pH 1. Manakah benar tentang larutan Y?
a) Y adalah asid lemah
b) Y bercerai lengkap dalam air
c) Y adalah asid kuat
d) Y mempunyai kepekatan ion hidroksida yang tinggi

Antara asid berikut, yang manakah mempunyai kepekatan ion hidrogen yang paling tinggi?
a) 50 cm3 asid nitric 1.0 mol dm-3
b) 50 cm3 asid etanoik 1.0 mol dm-3
c) 50 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3
d) 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3

Antara berikut yang manakah asid lemah?
a) Asid nitric
b) Asid etanoik
c) Asid hidroklorik
d) Asid sulfuric

Larutan akues Q mempunyai nilai pH 3. Antara berikut yang manakah benar tentang Q?
a) Q menghasilkan kepekatan ion OH- yang tinggi di dalam air
b) Q bertindak balas dengan alkali menghasilkan garam dan air
c) Q menukarkan larutan fenolftalein yang tidak berwarna kepada merah jambu
d) Q mengion lengkap di dalam air

Asid askorbik adalah asid lemah kerana asid ini
a) Mempunyai takat lebur yang tinggi
b) Hanya mengion separa dalam air
c) Mengandungi sedikit atom-atom hydrogen
d) Larut sedikit dalam air

Suatu larutan ammonia 0.1 mol dm-3mempunyai nilai pH 10 manakala suatu larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3 mempunyai nilai pH 13. Antara pernyataan berikut yang manakah paling tepat menerangkan pemerhatian di atas?
a) Kedua-dua larutan ammonia dan larutan natrium hidroksida merupakan alkali lemah
b) Kedua-dua larutan ammonia dan larutan natrium hidroksida tercerai dengan tidak lengkap dalam air
c) Larutan natrium hidroksida mengalami penceraian lengkap dalam air
d) Larutan ammonia mengalami penceraian lengkap dalam air

pH bagi 1 mol dm-3asid etanoik ialah 4 manakala pH bagi 1 mol dm-3 asid hidroklorik ialah 1. Antara berikut, yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
a) Asid etanoik adalah asid monobes manakala asid hidroklorik ialah asid dwibes
b) Asid etanoik mengion separa manakala asid hidroklorik mengion lengkap dalam air
c) Asid etanoik adalah asid kuat manakala asid hidroklorik adalah asid lemah
d) Asid etanoik dalam bentuk ion manakala asid hidroklorik dalam bentuk molekul

Asid hidroklorik ialah asid kuat kerana
a) Bertindak balas dengan logam reaktif secara cergas
b) Larut sangat sedikit dalam air
c) Bercerai lengkap dalam air untuk menghasilkan ion hydrogen
d) Mengkonduksi elektrik dengan baik

Asid etanoik tulen tidak mengkonduksikan elektrik kerana
a) Terdiri daripada molekul-molekul
b) Merupakan asid lemah
c) Merupakan bahan organik
d) Mengandungi ion-ion yang tidak bebas bergerak

Antara berikut, yang manakah benar tentang asid lemah?
a) Nilai pH lebih besar daripada 7
b) Tidak bersifat mengakis
c) Mengion separa dalam air untuk menghasilkan ion hydrogen
d) Menukar kertas litmus merah kepada biru

Play Games with the Questions above at ReviewGameZone.com
To play games using the questions from above, visit ReviewGameZone.com and enter game ID number: 53874 in the upper right hand corner or click here.

TEACHERS / EDUCATORS
Log In
| Sign Up / Register